Friday, September 3, 2010

Work Sheet (WS)

Definisi
Kertas penerangan yang khusus mengandungi langkah demi langkah aktiviti bagi suatu kemahiran kerja untuk diberikan kepada pelatih selepas demonstrasi dibuat oleh seorang pengajar.

Assignment Sheet (AS)

Tujuan
Untuk merangsang pemikiran pelajar tentang apa yang telah dipelajari bagi mencapai objektif pembelajaran.

Information Sheet (IS)

Tujuan
Untuk menjelas dan menambahkan lagi arahan yang diberi oleh seorang pengajar dengan penekanan yang diberi 'MENGAPA' kemahiran itu perlu dibuat dan bukan 'BAGAIMANA' ianya dibuat.

Lesson Plan (LP)

Definisi
Adalah panduan pengajaran bertulis yang mengandungi perkara-perkara penting yang disusun mengikut apa yang hendak disampaikan agar pelajaran (tajuk) tersebut menjadi lebih tepat dan spesifik.

Tujuan
Supaya tajuk yang diajar tidak terkeluar dari skop tajuk yang diajar.

Pengenalan kepada WIM

Apa itu W.I.M?
Written Instructional Material (W.I.M) ataupun bahan pengajaran bertulis adalah bahan yang mengandungi panduan-panduan, soalan-soalan serta informasi-informasi berkaitan dengan sesuatu tajuk yang hendak di ajar.

Kandungan W.I.M.
Untuk mengajar sesuatu tajuk tertentu terdapat 5 W.I.M yang perlu disediakan iaitu Lesson Plan (LP) amali & teori, Information Sheet (IS), Assignment Sheet (AS), dan juga Work Sheet (WS).